Tuesday, March 15, 2011

zaman kembar

Zaman berkembar
Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi
mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan
jelas diriak muka mereka…
Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu
berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri
Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara
berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan
riangnya.
Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang
memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat
melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation,
kata lelaki yang kedua.
Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu
kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat.
Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu
dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini,
saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki
ketiga dengan gembira.
Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan.
Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan
lelaki keempat itu. Mereka bertanya,
“Apakah yang merunsingkan awak?”
Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.” 

 ni pulak anak nadya suleman yang kembar lapan tu...octuplets

bila dua ekor hantu bercerita...

Dua ekor hantu bertemu dan bercerita bagaimana mereka mati......
 Hantu 1 : Bagaimana kau boleh mati?
 Hantu 2 : Aku mati akibat kesejukan...
 Hantu 1 : Macam mana rasanya mati dlm kesejukkan tu?
 Hantu 2 : Sebenarnya aku terkurung dalam peti ais...mula2 aku cuma menggigil, lepas tu anggota aku mula membeku, kemudian aku rasa dunia aku gelap dan akhirnya.....tapi aku rasa bersyukur kerana aku mati tanpa banyak kesakitan....
 Hantu 1 : Ishhh...kesiannya kau
 Hantu 2 : Kau pulak, macam mana kau boleh mati....?
 Hantu 1 : Aku kena serangan sakit jantung...
 Hantu 2 : Oooo...cam mana kau boleh kena serangan sakit jantung?
 Hantu 1 : Sebenarnya aku dapat tahu isteri aku curang. Suatu hari, aku balik ke rumah secara mengejut. Aku nampak ada kasut lelaki kat depan pintu. Aku tahu mesti isteri aku sedang bermesra dengan jantan lain.. Aku berlari masuk bilik tidur, cuma ada isteri aku...aku tahu mesti jantan tu bersembunyi kat mana2..aku lari masuk bilik air, tak de jugak, kemudian aku lari ke tingkat bawah, tengok dalam setor, pun tak ade...aku lari naik tingkat atas semula, tengok dalam almari.....sebab terlalu penat aku berlari la aku kena sakit jantung...memang sakit dan akhirnya....
 Hantu 2 : Apasal kau tak tengok dalam peti ais...kalau tak, kita berdua masih hidup lagi sekarang ni...

Rahsia bulan kelahiran...betul @ kebetulan


JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

* Keras hati & degil.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik 




Monday, March 14, 2011

Alya kena pakai speck??

Hari ni 14.3.2011, ibu bawak alya ke klinik mata kat HUSM, follow up 6 bln. mula2 check eye contact alya, pastu check power, pastu doktor check ROP alya...kata doktor mungkin lepas ni alya kena pakai speck, sebab ada sikit silau kat mata alya , tapi buat masa ni dalam range lagi, kena tunggu follow up 6 bln lagi dalam bulan 9...alya pakai speck??? camana yer??

Wednesday, March 9, 2011

Skim beli rumah tanpa deposit

Milikan pertama bagi gaji kurang RM3,000

KERAJAAN akan memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas Bhd (Cagamas) yang akan menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.

Skim ini untuk pembeli rumah pertama yang berpendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan. Dalam kata lain, pembeli rumah mendapat pinjaman 100 peratus tanpa perlu mengeluarkan 10 peratus wang pendahuluan seperti amalan lazim.
Pada masa sama, hanya pembeli rumah pertama juga akan diberi pengecualian duti setem 50 peratus ke atas surat cara pindah milik sebuah rumah berharga tidak melebihi RM350,000.

Kerajaan juga mencadangkan pengecualian duti setem 50 peratus diberi ke atas surat cara perjanjian pinjaman bagi membiayai pembelian rumah pertama itu.
Bagi golongan miskin dan berpendapatan rendah pula kerajaan menyediakan RM568 juta bagi membina 300 kediaman di bawah Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit di bawah Program Perumahan Rakyat dan 8,000 unit di bawah Projek Bantuan Sewa Rumah.

Selain itu, bagi membantu golongan pekerja estet memiliki rumah, kerajaan akan menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah dengan peruntukan RM50 juta yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Skim ini terbuka kepada pekerja tetap estet dan warga negara Malaysia untuk mendapatkan pinjaman perumahan maksimum RM60,000 bagi membeli rumah kos rendah pada kadar faedah maksimum empat peratus dengan tempoh pinjaman sehingga 40 tahun, menjangkau generasi kedua.

Bagi memudahkan penjawat awam memiliki rumah kerajaan menggariskan tiga langkah penambahbaikan pada bajet ini.

Langkah pertama ialah membenarkan pembelian hartanah daripada ibu, bapa, anak dan adik-beradik; menggandakan kadar pinjaman kepada RM20,000
berbanding RM10,000 untuk kerja tambahan rumah kos rendah bagi Kumpulan Sokongan Dua.

Langkah ketiga, menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kepada RM450,000 berbanding RM360,000 pada masa kini.
Semua langkah penambahbaikan pinjaman perumahan ini akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2011


Sumber Berita Harian online

Tuesday, March 8, 2011

ISTERI YANG BERKERJA

 

Salam..saya nak tanya,seorang lelaki merisik saya dengan syarat saya tidak boleh bekerja bila tamat belajar nanti..apa pendapat akhi?
(Husnaizzati)


WAALAIKUMMUSSALAM
OLEH
SUBI HARON

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

“Allah s.w.t berfirman kepada para malaikat yang diserahkan kepada mereka urusan rezeki Anak Adam“Mana-mana hamba yang kamu dapati yang cita-citanya hanya satu (iaitu semata-mata untuk akhirat), jaminlah rezekinya di langit dan di bumi. Dan mana-mana hamba yang kamu dapati mencari rezekinya dengan jujur kerana berhati-hati mencari keadilan, berilah dia rezeki yang baik dan mudahkanlah ia baginya. Dan jika ia telah melampaui batas kepada selain itu, biarkanlah dia sendiri mengusahakan apa yang dikehenndakinya. Kemudian dia tidak akan mencapai lebih dari apa yang telah Aku tetapkan untuknya”
(Hadis qudsi riwayat Abu Naim dari Abu Hurairah r.a)

Sukanya saya berkongsi serta menghebahkan salah satu petikan dari hadis Rasulullah s.a.w bersabda:

ما أكل أحد طعاما قط خيرا من أن يأكل من عمل يده
"Tiada seorang pun yang makan lebih baik dari orang yang
makan hasil dari tangannya sendiri"
(Hadis riwayat Bukhari)

Islam membenarkan seorang wanita atau isteri untuk keluar berkerja sekiranya bersedia mengikuti dan mematuhi kehendak dalam syariat Islam selagi tidak melanggar apa yang ditegah di dalam Islam.


للرجال نصيب مما اكتسبوا وللنساء نصيب مما اكتسبن

"Bagi lelaki bahagian yang ia usahakan dan bagi wanita bahagian yang ia usahakan"
( Surah An-Nisa , ayat 32 )

SYARAT YANG PERLU DI PATUHI JIKA
ISTERI INGIN BERKERJA

1.KERJAYA ITU ADALAH HALAL

Suatu pekerjaan yang dilakukan itu adalah halal. Maksudnya pekerjaan itu tidak haram serta tidak menimbulkan fitnah, syubhat, khalwat, penipuan, seks, peras ugut, terpaksa mendedahkan aurat, riba dan sebagainya.
“Mencari yang halal itu adalah wajib bagi setiap orang Islam”
(Hadis riwayat Ibnu Abdul Barr)

Rasullah s.a.w juga telah bersabda:

“Setiap daging yang tumbuh dari harta yang haram,
maka api neraka lebih utama untuknya”
(Hadis riwayat Tarmizi)

2.MENJAGA ADAB SEBAGAI MUSLIMAH

Menjaga adab sebagai seorang muslimah sejati seperti etika berpakaian yang menutup aurat sebetulnya yang dituntut di dalam Islam, menjaga tingkah laku perbuatan, percakapan, dan pergaulan.

Beberapa orang perempuan dari Bani Tamim masuk ke rumah Aisyah dengan pakaian yang sangat nipis, Kemuadian Aisyah berkata: Kalau kamu seorang mukmin, maka ini bukan pakaian perempuan mukmin“
(Hadis riwayat Thabrani dan lain-lain)

3.TIDAK LUPA TANGGUNGJAWAB

Pekerjaan yang dilakukan itu tidak mengabaikan tanggungjawab dan kewajipan lain kepada suaminya dan anak-anaknya.


“Jika suami memanggil isterinya untuk tidur bersama serta merta isterinya menolak sehingga semalaman itu suaminya marah kepadanya, para malaikat mengutuk isteri itu sehingga pagi hari”
(Hadis riwayat bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a)

4.SESUAI DENGAN FITRAHNYA

Pekerjaan yang dilakukan itu sesuai dengan fitrah dan kemampuan fizikal yang ditanggung oleh seorang wanita selagi tidak menjejaskan diri sendiri dan keluarganya.

5.MENDAPAT KEIZINAN

Dalam hal ini isteri perlulah mendapat keizinan dari suami.


ATAS SEBAB KEPERLUAN APAKAH
SAYA SEBAGAI ISTERI PERGI KELUAR BERKERJA

1.Telah bercerai , telah kematian suami atau suami dalam keuzuran tidak mampu lagi berkerja sehingga perlunya mencari nafkah untuk menyara kehidupan dan membeli keperluan hidup untuk diri sendiri dan anak-anak. Lebih teruk lagi jika berlaku penceraian bekas suami tidak lagi memberi nafkah kepada anak-anaknya sehingga berlakunya penganiayaan kepada anak-anak.

2.Berniat ikhlas dan rela hati membantu suami dalam menjaga kedudukan ekonomi rumahtangga sebagai contoh sekiranya berlaku kemelesetan kewangan mungkin anda boleh membantu suami dengan meminjamkan wang kepadanya atau sebaliknya daripada suami terpaksa meminjam wang kepada ceti haram (along) yang akhirnya tercetus hura hara hidup kerana berhutang.

3.Pendapatan suami mencukupi setiap bulan hanya untuk menyara dirinya, isterinya dan anak-anaknya serta segala isi keperluan hidup rumah. Keadaan ini tidak memberi peluang anda mengirim belanja kepada ibu bapa yang telah uzur dan tidak lagi mampu lagi berkerja. Berkemungkinan juga anda mempunyai ramai adik-beradik yang masih ramai lagi bersekolah yang mungkin bergantung harap ihsan dari kiriman belanja dari anda.

4.Sekiranya anda mempunyai kelulusan dan kemahiran yang jarang dimiliki oleh orang ramai sehingga kemahiran anda itu sangat-sangat ditagih dan diperlukan oleh masyarakat umum untuk mencurahkan bakti dan tenaga kepakaran yang sangat bermanfaat.

5.Suami tidak mampu membantu membayar hutang bulanan wang pinjaman pendidikan anda ketika anda menuntut di universiti atau sebagainya yang mungkin mencapai angka puluhan ribu ringgit sehinggakan anda memilih jalan untuk berkerja sebagai pintu jalan terbaik untuk melunaskan hutang pinjaman pendidikan tersebut.

“Yang terbaik dari kamu semua ialah yang terbaik cara membayar hutangnya”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

KERJA SEBAGAI SYARAT
(Petikan Daripada Keputusan Majlis Fiqh Sedunia dalam persidangan yang ke-16 bertempat di Dubai pada 9-14 April 2005)
Seorang isteri dibenarkan untuk meletakkan syarat pada akad perkahwinannya bahawa ia hendaklah dibenarkan bekerja, apabila suami redha dengan syarat itu, ia menjadi kemestian baginya untuk membenarkan (setelah kahwin). Syarat itu hendaklah dinyatakan secara jelas ketika akad.Suami pula harus meminta isteri meninggalkan kerjayanya walaupun sebelum ini ia membenarkannya, iaitu sekiranya meninggalkan pekerjaan itu dibuat atas tujuan kepentingan keluarga dan anak-anak.

SAYA TELAH DIRISIK TETAPI DENGAN SYARAT SELEPAS
TAMAT BELAJAR SAYA TIDAK DIBENARKAN BERKERJA

Saya yakin saudari kini keliru dengan keputusan dan apakah tindakan yang perlu difikir dan diputuskan nanti selepas mendengar kenyataan dari pihak yang merisik kepada saudari.

“Tidak akan kecewa bagi orang yang melaksanakan solat istikharah, dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka bermusyawarah dan tidak akan kekurangan bagi orang yang suka berhemat”
(Hadis riwayat Thabrani)

Solat istikharah adalah satu cara yang paling terbaik bagi memilih dan menentukan sesuatu perkara dan ini telah dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w sebelum membuat keputusan. Insyallah jika diberi petunjuk dari Nya terpulang kepada saudari samaada untuk berkerja atau sebaliknya. Dari andaian saya juga “Selepas tamat belajar saya tidak dibenarkan berkerja” mungkin membawa erti “Setelah menjadi isteri yang sah kepada suami, saya perlu menjadi suri rumah sepenuh masa”. Namun hal ini juga solat istikharah perlu dilakukan oleh saudari untuk memperolehi kepastian dan penentuan samaada lelaki yang bakal meminangi saudari samaada sesuai atau sebaliknya. Inilah cara yang sebaik-baiknya sebelum membuat keputusan. Disamping berikhtiar dan berusaha berdoa memohon petunjuk dariNya.



AWAS DENGAN CINTA SISWA SISWI DI UNIVERSITI
ANTARA CINTA DAN CITA-CITA

Saya ucapkan tahniah kepada sesiapa sahaja yang berjaya melanjutkan pelajaran di universiti. Pastinya kita hadir ke sini untuk mengejar cita-cita menggenggam segulung ijazah dan ingin mengajak seluruh ahli keluarga kita untuk menyaksikan hari bersejarah konvokesyen. Dan saya yakin ada diantara kita diuji dengan datangnya cinta yang mampu mengganggu cita-cita tadi. Jika kita di diuniversiti bermakna kita telah berjauhan dari ibu bapa dan ahli keluarga. Cinta yang tidak di duga telah datang kini menggugat cita-cita. Jika ingin berkahwin ketika belajar di universiti mungkin ada yang melarang dahulu supaya perlu menghabiskan pengajian baru diizinkan untuk berkahwin. Yang mana perlu diutamakan di universiti, cinta dahulu atau cita-cita. Jika bibit percintaan bermula dari tahun pertama hingga tahun akhir di universiti , mampukah iman kita membenteng diri dari melakukan perkara yang terlarang?Apa yang perlu dilakukan ialah ingat mengingati sesama kita supaya jangan jadikan mahkamah syariah Islam atau balai polis sebagai tempat konvokesyen kita kerana gara-gara mengejar cinta.

Usamah bin Zaid r.a dari Rasulullah s.a.w bersabda
“Tiada kutinggalkan sesudah matiku suatu fitnah (ujian) yang lebih berbahaya bagi lelaki dari fitnah perempuan”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



MARI KITA RENUNGI DAN BERFIKIR SEJENAK TENTANG
KISAH LEBAH MADU

"Lebah ni adalah satu makhluk yang taat dan mengikut jalan peraturan Allah, lebah jantan adalah lebah perkerja manakal lebah betina atau ratu hanya tinggal di sarang dan bertelur. Ketaatan kepada jalan peraturan Allah dan mengikut fitrah ni menyebabkan cairan yg dihasilkan sangat bermanfaat. Sifat lebah yang mengikut fitrah ini disamakan dengan sifat orang-orang yang mukmin."

N3 ni ibu ambik kat blog subiharon...kat blog ni penuh dengan ilmu, ibu just nak kongsi bersama rakan blog, tak salahkan berkongsi ilmu...ibu dah mintak izin dah dengan tuan punya blog, kan ustaz?...jomlah sama-sama kita g cari ilmu kat sana...

JELAJAH BLOG KATEGORI IBU


Salam satu Malaysia, dah lama rasanya tak join segmen Ben Ashaari, boleh join nih, saya ibu kepada 3 orang puteri , semuanya berusia  3 tahun. Masuk tahun ni usia perkahwinan baru mencecah 4 tahun. Kenangan manis bergelar ibu, gembira seronok sebab sekali beranak dapat 3 orang pastu semua perempuan. Kenangan pahit bila anak terpaksa berada dalam wad dalam tempoh waktu yang agak lama ,berpantang pulak tanpa anak dicc,  pastu salah seorang triplet( alya) terpaksa pulak jalani pembedahan kat IJN. Kenangan pahit juga bila terpaksa berpisah dengan syasya ngan niesa buat sementara untuk tumpukan perhatian pada alya. Tapi kini segalanya berbaloi bila dapat bersama ngan anak-anak, bila dapat lihat gelak tawa anak, seronok sangat , segala kesukaran dan kepayahan selama ini adalah ujian daripada Allah Taala, dan yang pasti terlalu banyak hikmah yang tersirat disebalik kesulitan yang diberikan.
Dan kepada Suami ehem2 , semoga abang sentiasa memahami dan menyayagi ayang serta anak2, jangan garang-garang tau...rajin2lah tolong buat kerja rumah yer...he he
Kepada anak-anak ibu semua ibu berdoa semoga alya , niesa ngan syasya akan jadi anak-anak yang solehah yang sentiasa doakan ibu dan ayah yer, semoga anak-anak ibu akan jadi anak-anak yang berjaya di dunia dan akhirat ....Amin
Kepada anak-anak diluar sana yang masih ada ibu ngan ayah, taatilah mereka selama mereka masih hidup dan doakanlah mereka jika mereka telah tiada...
Nasihat kepada gadis-gadis diluar sana, jagalah maruah dan perilaku diri...taatilah kedua orang tua dan jadilah isteri solehah....
SEKIAN...

Wednesday, March 2, 2011

Kelantan vs Negeri Sembilan

Ibu ni bukannya minat bola, tapi tahniah kepada pasukan bola sepak Kelantan yang berentap dengan hebatnya malam tadi....
Pasukan Kelantan

Pasukan Negeri Sembilan

Stadium Sultan Muhammad ke 4 dipenuhi dengan penyokong Kelantan

Aksi-aksi menarik dari pemain bola sepak Kelantan

GOL !!!3-0

*aksi2 ni ibu ambik dari KELATE.net
kelab penyokong siber bola sepak kelantan

Tuesday, March 1, 2011

Akukah jagung??

Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke Hospital. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.

Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Doktor : “??$$??”


adaptasi dari citer tok aji wok yoh...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...