Friday, January 3, 2020

Happy new year 2020

Sekejap jer masa berlalu, kembar ni dah masuk dajah 6. Afina pun dah masuk darjah 2. Semoga menjadi anak solehah berjaya dunia akhirat. Ameen

Tuesday, July 16, 2019

Kelahiran ketiga, anak ke-5

Selamat datang ke dunia, baby khadeeja semoga menjadi anak solehah . 10/7 /2019 baby wan khadeeja solehah selamat dilahirkan, Alhamdulillah....






Sunday, January 3, 2016

Tahun baru 2016

      Assalamualaikum, salam  tahun baru 2016, syukur Alhamdulillah pejam celik pejam celik dah masuk Tahun 2 alya , niesa , syasya . Tahun sudah mereka bertiga sekelas. tahun ni dah berubah, niesa dan syasya berada satu kelas, alya berada dalam kelas berasingan memandangkan keupayaan alya berbeza. InshaAllah lepas ni Alya akan dapat tumpuan lebih dari guru yang mengajar. Ibu selalu pesan," niesa, syasya nanti rehat ajak alya gi makan,". "Balik nanti cari alya"."jangan biar alya sorang2". 
Semoga tahun ni akan lebih baik dari tahun sudah...all the best tu anak2 ibu.
Afina pun dah tukar sekolah baru , mula2 menangis tak nak gi sekolah, lepas cikgu cakap nk bg belon, terus nk gi...


Dari kiri niesa, alya, syasya ( muka ngantuk nk tidur lg cuti lama)

Alya berada di kelas pendidikan khas...InshaAllah inilah yang terbaik buat alya.

Thursday, July 2, 2015

PUASA KEMBAR 3 ALYA, NIESA, SYASYA

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, kembar 3 kini dah memasuki usia 7 tahun. Target ibu tahun ni supaya anak-anak ibu dapat berpuasa dengan jayanya. Tahun-tahun sebelum ni memang tak puasa penuh...buat masa ni tak pernah lagi tinggal sahur. Tapi hari pertama Ramadhan memang kesian tengok 3 beradik nih.Mcm nak hypo jer...Alya awal-awal lagi dah berbuka...kawan bagi makanan kat sekolah katanya. Niesa ngan Syasya masih lagi berpuasa tapi asyik mintak air sebab haus sangat. Yang frustnyer si Syasya berbuka pukul 6.45 ptg...adussss. itu hari pertama puasa. The next day pagi tu aktif lagi lepas tu mintak air...yang paling syoknya time mandi. lamanyer..lepas tu mesti segar. 
ibu-''ni minum air ker apa?'' 
niesa-''taklah ibu, ngoh ajar long mcm mana nak bagi hilang sakit tekak,''...
ibu-''mcm mana?''. 
niesa-''gini, (sambil bukak mulut, lepas tu tadah air masuk mulut, jgn telan, lepas tu buang blk)''
syasya-''long pandai doh nk wat hilang sakit tekak,''
ibu-''ishk,ishk,''.
Selain mandi lama , acapkali buka peti...lepas tu tanya'' pukul berapa sekarang..lambat lagi ker?''
''berapa jam lagi'',''berapa minit lagi''. Lepas tu kalau baby afina minum air , si kembar duk likung sambil tongkat dagu, nganga mulut2..kesian. Tapi yang paling nikmat time berbuka puasa. Subhanallah dapat berkumpul makan satu family satu rahmat yang tak terhingga. 
Niesa ngan Syasya ok dah bab puasa ni ...lain pulak si Alya...hari ke -5 tak penuh2 lagi.paling lama pukul 3 jer blh puasa. lepas tu tak tahan dah. Satu hari masa sahur ibu ugut dia, Alya kalau tak puasa jugak hari ni.. ibu ikat kat tiang bawah rumah masa semua orang bukak posa, duklah dalam gelap sorang,'' Alhamdulillah berbekas setakat ni. masuk hari Alya dah puasa 10 hari...
Hari ni dah masuk hari ke-15 Ramadhan , anak-anak ibu semakin relax...blh pun puasa...Bila g ambik kat sekolah tgh hari, siap beli air kotak mengikut selera masing2 siap dengan burger...untuk berbuka katanya, untuk baby afina pun beli jugak...mcm2
Alhamdulillah...semoga alya, niesa, syasya dan baby afina jadi anak-anak yang solehah...Amin

Sunday, January 18, 2015

Alhamdulillah...dah masuk darjah 1





 Besar dah alya , niesa , syasya...ibu sentiasa mendoakan yang terbaik buat kalian...
Semoga kalian semua menjadi anak-anak yang solehah berjaya dunia dan akhirat...Amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...